20130905

Apa Khabar, Jodohku?

Jodohku, aku mendapat idea untuk blog ini dari sebuah blog Islam.

Inilah post yang buat aku ingin mengabadikan memori penantianku untukmu.
Bacalah.

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..Jodohku, aku rindu..Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.Jodohku…Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..
Jodohku..nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..
Jodohku..kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…
Jodohku..Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Untukmu

Jodohku,
Aku buat blog ini untuk kamu.
Akan aku curahkan semuanya di sini, segala yang ingin aku katakan kepadamu sementara aku menanti kedatanganmu dalam hidupku.

Ya, idea ini bukan idea originalku. Tapi sememangnya khas untuk kamu, ya jodohku.
InsyaAllah bila suatu hari nanti kita ketemu, aku akan minta kamu baca blog ini supaya kamu faham.
Mungkin akan jadi ujian untuk kamu sebab aku tahu betapa lelaki tidak gemar membaca. Tapi siapa tau kan, Allah mungkin ciptakanmu, ya jodohku, dengan kesabaran untuk menghabiskan masamu dengan membaca.
InsyaAllah.

Jodohku,
Hari ini, aku terima hakikat bahawa kau masih jauh dan mungkin lama baru kita akan ketemu.
Hari ini, aku menangis di kelas, tidak habis-habis airmataku dari semalam, ya jodohku. Menangis kerana lelaki yang aku suka sudah bertunang.
Begitu kuat hatiku mengatakan dialah lelaki untukku. Akhirnya, ya jodohku, aku bertemu seorang lelaki yang bilamana aku bayangkan masa depan dengannya, semuanya jelas kulihat. Tiada pernah berlaku sebelum ini dengan bekas-bekas teman lelakiku.

Patah sungguh hatiku, jodohku. Betapa tingginya harapanku, mengharapkan seorang ustaz menjadi imamku.
Ya, dia seorang ustaz. Buat pertama kalinya aku jatuh cinta dengan seorang lelaki yang baik. Aku jatuh cinta dengan agamanya dan dengan kelucuannya.
Patah sungguh hatiku, jodohku. Hancur.

Tapi Allah berikan aku kesedaran. Dia bukakan hatiku agar menerima ujian ini dengan hati yang, kalaupun tidak sepenuhnya tabah, tetapi cukup-cukuplah kuat untuk tidak terus hancur.
Jodohku, aku tidak tahu siapa engkau dan di mana engkau sekarang.
Bagaimana rupamu, bagaimana suaramu, bagaimana tingkahmu.

Izinkan aku mengadu tentang kesedihanku, jodohku.
Selama ini, aku tidak menginginkan kehidupan berumah tangga yang biasa-biasa sahaja. Aku begitu yakin aku layak untuk dapat lebih. Aku yakin aku tidak akan hidup biasa seperti umiku dan mamaku.
Aku malahan tidak ingin, ya jodohku. Aku mati-matian berharap aku tidak hidup seperti umi dan mama, hidup yang cliche. Menjadi isteri, menjadi ibu di mana gol utama kehidupanku adalah kejayaan anak-anakku dan punya sebuah rumah yang cukup untuk aku dan keluargaku. Aku mahu lebih, ya jodohku.
Betapa tamaknya aku. Lalu Allah hantar hamba Allah ke dalam hidupku.
Aku bertemunya sewaktu menjalani SBE kedua di sekolah umi. Dia banyak menyakitkan hatiku dengan kata-katanya tetapi pada masa yang sama dia banyak buat aku ketawa. Sedar tidak sedar, aku jatuh cinta.
Dia belaar nun di semenanjung Malaysia dan aku di Sabah.
Selepas berakhirnya SBE, kami kembali kepada kehidupan masing-masing. Bimbang peluang ini hanya akan datang sekali seumur hidup, aku memberanikan diri menghubunginya melalui SMS. Dia membalas dan kami mula berkawan sejak itu. Aku mati-matian meyakinkan diriku aku hanya ingin berkawan dengannya, ya jodohku, meskipun aku tahu aku lebih dari suka pada dirinya.

Ya jodohku, kerana lelaki itu, aku mula mengimpikan rumah tangga seperti yang dimiliki umi dan mama.
Bila kutanya tentang bagaimana mahu tahu jika dia untukmu, rakanku menjawab, 'Bila engkau cuba bayangkan sebuah masa depan dengannya, kau lihat semuanya dengan jelas. Kau akan nampak semuanya tanpa rasa ragu-ragu.'
Dan memang jelas. Semuanya.
Tapi ya, dia bukan jodohku. Allah sudah tunjukkan. Maka aku pelajari bahawa tidak semestinya apa yang kita bayangkan dalam kepala kita akan menjadi sebuah realiti.

Airmataku jatuh lebih banyak untuk lelaki ini berbanding bekas-bekas kekasihku, ya jodohku. Sakitnya tidak terperi di dalam hati ini bila aku terpaksa menerima hakikat yang dia bukan jodohku.
Allah kemudian membuka pintu hatiku agar menerima kenyataan yang engkau, jodohku, akan datang suatu hari nanti. Aku tidak perlu mengejar.
Maka, jodohku, aku di sini. Setia menantimu. Datanglah.

Sebelum mengakhiri, peringatan dariku, jangan lupa solatmu, ya jodohku.
Jagalah hatimu sebagaimana aku akan menjaga hatiku mulai sekarang.
Jagalah imanmu sebagaimana aku akan usahakan mulai sekarang.

Sampai ketemu, jodohku.
Assalamualaikum.